Thursday 28 November 2013

resipi red velvet cake kegemaran saya....

Red Velvet Cake

Red-velvet-cake-cream-cheese-frosting1
Kek ni sedap sgt..cantik pulak tu kalernye..memandangkan kalernye merah, boleh wat utk special occasion..lain dari yg lain...

Created on : 28-12-2009





resipi ini di ambil dr myresipi dan saya sering kali guna resipi ni kalo nak buat red velvet cake. terima kasih kepasa tuan punya resipi nadiaejat.... 

wpun nampak susah tp senang dan mudah... jom lah cuba resipi ni... mmg terbaikkk.....

Bahan-bahan ( 1 biji )

  • Kek (Sila guna penyukat khas)
  • 2 1/2 cup tepung kek (1 cup tepung kek = 2 sudu kecil cornstarch dlm 1 measuring cup n isikan selebihnya dgn all purpose flour. ayak 3 kali.)
  • 1 sudu kecil serbuk penaik diayak
  • 2 sudu besar serbuk koko tanpa pemanis (biasanya guna van houten)
  • 2 oz pewarna merah (kalau xtau sukat dlm oz, campurkan dengan serbuk koko sampai boleh jadi pes pun cukup)
  • 1/2 cup butter
  • 1 1/2 cup gula
  • 2 biji telur pada suhu bilik
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
  • 1 cup buttermilk pada suhu bilik. kalau xdpt beli kat kedai, resipinye ade di bawah
  • 1 sudu kecil cuka putih
  • 1 sudu kecil sodium bikarbonat/baking soda
  • Buttermilk
  • 1 cup (240 ml) susu kotak full cream
  • sama ada 1 3/4 sbesar cream of tartar atau 1 sbesar cuka putih atau 1 sbesar jus lemon
  • Cream cheese frosting
  • 2 buku cream cheese, dilembutkan
  • 1/2 cup butter dilembutkan
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
  • 2 cup gila icing, diayak. kalau xsuke manis boleh kurangkan gula tp saya guna 2 1/2 cup

Cara-cara

  1. BUTTERMILK: campurkan tartar atau cuka atau jus lemon pada susu dan biarkan selama 15 minit. Kacau rata sebelum guna. Ataupun campurkan 3/4 cup plain yoghurt bersama 1/4 cup susu pun boleh jugak. Ikut mane yang sesuai.
  2. KEK: sapukan butter pada 2 loyang bulat bersaiz 9 inci ataupun 3 loyang bulat bersaiz 8 inci. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celsius.
  3. Ayakkan bersama tepung kek dan serbuk penaik di dalam satu bekas sederhana. Di dalam satu bekas kecil, gaulkan serbuk koko dengan pewarna merah sehingga menjadi pes yang tidak berketul.
  4. Dalam satu bekas besar, pukul butter dengan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu per satu, kemudian masukan esen vanila dan pes koko merah tadi. Ratakan campuran dengan spatula sambil memukul.
  5. Perlahankan mixer, masukkan 1/3 daripada tepung dan pukul rata, kemudian masukkan 1/2 daripada buttermilk, pukul rata lagi. Masukkan 1/3 lagi tepung,pukul dan semua buttermilk,pukul dan kemudian kesemua tepung yang tinggal.
  6. Campurkan cuka dengan baking soda dalam satu bekas kecil. Nanti die berbuih. Cepat2 campurkan dalam adunan kek dan gaul kemudian masukkan dalam loyang dan bakar.
  7. Bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 25-30 minit. Kek ni moist, so kene cek awal. Bile cucuk dengan lidi je dah bersih, keluarkan dari oven.
  8. Sejukkan kek selama 10 minit sebelum keluarkan dari loyang. Pastikan kek dah betul2 sejuk sebelum letak frosting.
  9. CREAM CHEESE FROSTING: Pukul butter dengan cream cheese sampai halus, perlahankan mixer dan tambahkan gula icing dan esen vanila.
  10. Untuk letak frosting, terbalikkan kek pertama supaya bahagian kek yang rata di atas, sapu frosting di bahagian rata kek,lagi tebal lagi sedap. kemudian letakkan kek yang kedua atas kek tadi, bahagian yang rata menghadap bawah. kemudian sapu frosting di seluruh kek.
  11. Kek ni sedap kalau dah masuk dalam peti sejuk lepas tu keluarkan sekejap bagi die xkeras, baru makan.





lagi resipi yg diambil dari Mingguan Wanita on9.....




Kerabu Daging
Kerabu daging
Oleh:Nadia Mingguan Wanita
Apabila menyebut sajian berasaskan daging, hidangan yang biasa disediakan untuk keluarga adalah kari, rendang, sup, daging goreng mahu pun masak lada hitam. Apa kata hari ini anda menyediakan hidangan daging yang sedikit berbeza, Kerabu Daging! Selamat mencuba! 

Bahan A:
300 gm daging - hiris nipis
¼ sudu kecil garam
½ sudu kecil gula
1 sudu besar minyak masak
¼ serbuk lada hitam
2 biji bawang Holland - potong dadu

Bahan B:
1 kuntum bunga kantan - potong halus
2 biji mangga muda       ]
1 biji betik muda            ] hiris halus
1 biji cili merah / cili hijau
2 biji limau nipis  - ambil jus
2 biji cili padi  - dicincang
½ cawan kacang tanah - ditumbuk
1 sudu kecil gula
5 helai daun salad

Cara membuat:
  • Panaskan minyak dan tumis bahan A selama lima minit lalu asingkan.
  • Masukkan bahan-bahan B ke dalam mangkuk dan masukkan bahan A. Gaul sampai rata.
  • Hidang bersama salad daging di atas daun salad.

Udang Kukus Mangga

salam...

resipi ini sangat mudah n menarik utk semua penggemar udang... dan saya sendiri teruja utk mencubangnya, wpun alahan pada seefood.. hehhehehe... so supaya resipi ini tak hilang n susah nak cari so saya copy paste kan di sini....



* resipi diambil dari Majalah Wanita on9... tq.....


Udang Kukus Mangga
Udang kukus mangga
Oleh:Nadia Mingguan Wanita
Masakan kukus sangat bagus bagi anda yang memilih untuk menjaga kesihatan. MW kongsikan resepi Udang Kukus Mangga yang mungkin akan jadi penambah selera anda.

Bahan-bahan:
6 ekor udang saiz sederhana
3 biji bawang merah      }ditumbuk
5 tangkai cili api merah }
1 mangkuk kecil mangga} dicincang
Garam, gula dan perasa secukup rasa

Cara membuat:
  • Kukus udang selama tiga minit. Ketepikan.
  • Gaul bahan ditumbuk bersama udang, mangga, garam, gula dan perasa.
  • Siap dihidangkan.