Sunday 19 May 2013

happy birthday to me

19 Mei tarikh keramat buat ku.... semoga berjaya dan tabah mengharungi dugaan hidup... semoga diriku di beri kesihatan yang baik, panjang umur dan murah rezeki... dan semoga dikuatkan iman dan menjadi umat yang baik... semoga suatu hari nanti aku menjadi tetamu Allah...... amin.. terima kasih pada arwah mak yafng melahirkan.....semoga roh mak ditempatkan di kalangan orang yang beriman...

Photo: Wowww terkejut buka google. .... Tak sangka ada surprise!!!!!! Tqvm:-) sweet sgt

Thursday 16 May 2013

                

1 Aspirasi 

huraian:
Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi  untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015.

Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta berindentiti nasional.

1Aspirasi juga diterjemahkan kepada cita-cita murini PPM 2013-2015 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupuk perpaduan dalam kalangan murid pelaksanaan berkecekapan tinggi.

 1Agenda

huraian:
Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2015. Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara.


P/s: Semoga Kejayaan Buat Guru Dalam Menjayakan Misi PPPM


Selamat Hari Guru Tahun 2013














16 Mei tiap tahuan adalah tarikh keramat buat insan bergelar guru. Hari ini dinanti setiap tahun dan akan dirai dengan meriah dan gembira... di saat ini guru dan murid bergumbira dan jalinan erat terjalin.... murid meraikan hari guru dengan penuh semangat.. pelbagai aktiviti dijalankan.... seronoknya,,, selain hari raya, hari guru jgk adalah hari guru-guru melaram dengan baju baru, bergaya dan cantik2 belaka tak ubah macam hari lebaran.... ohhh indahnya saat itu....

JASAMU DIKENANG GURU....
Terima Kasih Cikgu....
Saya sayang Cikgu.....

Buat Semua Guru Di Malaysia dan termasuk aku.... ( wpun kini dah tak berada di sekolah)