Monday 4 March 2013

Ya Allah Selamatkan Perwira Negara



berjuang untuk negara....
gugurmu sebagai perwira......

Mac Penuh Duka...

dah lama rasanya tidak mencoretkan kata, tiba2 hati terpanggil  untuk berbicara, tidak lain tidak bukan insiden yang melanda negara ku tercinta... 1 Mac berita gugurnya perwira negara, kerana mempertahankan tanah air tercinta. tiada angin tiada ribut rupanya2 saudara2ku di sabah menanggung derita sengsara.. rupanya2 aku dah lama tak tgk berita di tv dan online kerana penat bekerja! (mcm lah aku jd pekerja cemerlang) :).....

tak sangka byk spekulasi yg dibuat oleh orang2 yang tidak faham situasi negara. tuduhan demi tuduhan dilemparkan.... mempersendakan keselamatan negara. tanpa memikirkan nasib pejuang2 yg mempertahankan negara.

semalam 3 Mac gugur lagi 6 perwira negara kerana diserang hendap oleh penceroboh negara,,,  dan hari ini 4 Mac kesemua perwira yang gugur disemadikan.. sayu hati... seperti melihat peristiwa bukit kepong... tak sangka ingatkan hanya baca buku sejarah dan menonton cerita perang di tv, dan melihat kisah perang di negara orang, kini malaysia diganggu penceroboh....

Ya ALLAH, pelihara dan selamatkanlah perwira2 negara yang bertugas mempertahankan bumi sabah dan Malaysia,, satukanlah hati rakyat Malaysia terutama yang beragama Islam... usah jadikan peristiwa ini sebagai sandiwara politik murahan...