Tuesday 31 December 2013

2013 akan berakhir dan 2014 akan muncul beberapa detik lagi....



banyak perjalanan suka duka sepannjang 2013... kehilangan orang yang tersayang aka sahabat tercinta.. bulan Mei kita bersua di Melaka bergelak ketawa dan minum bersama, Oktober kau pergi jua... Semoga jasadmu tenang di sana. kau sahabat dunia akhirat.... saat umat Islam menyambut hari raya korban, kami kehilangan ibu saudara yang tersayang.. sayu hati... selang nenrapa hari kehilangan bapa saudara... kehilangan orang tersayang menuju abadi bersama sang pencipta.... semoga tenang rohmu tenang di sana bersama orang-orang yang beriman.

kerjaya...... oh banyak sungguh pancaroba... begitu banyak kesabaran yg perlu aku peruntukan dari Januari hingga Disember 2013.... semoga 2014 aku terus kuat untuk melawan manusia-manusia yg bermuka2.... bertutur lembut tp fake.... tp ada orang kisah??? Ya ALLAH kuatkan semangat hambamu ni menempuh 2014 dengan penuh dedikasi, amanah dan sabar..

Cinta????? opssss 2013 belum berjaya mencari cinta abadi.... huhuhuhu... semoga 2014 bertemu cinta hati, pengubat duka lara.....( lara ke )....

semoga 2014 hadir dengan penuh kegembiraann, ketabahan, kekuatan.... Amin



bye-bye 2013


welcome



Thursday 28 November 2013

resipi red velvet cake kegemaran saya....

Red Velvet Cake

Red-velvet-cake-cream-cheese-frosting1
Kek ni sedap sgt..cantik pulak tu kalernye..memandangkan kalernye merah, boleh wat utk special occasion..lain dari yg lain...

Created on : 28-12-2009





resipi ini di ambil dr myresipi dan saya sering kali guna resipi ni kalo nak buat red velvet cake. terima kasih kepasa tuan punya resipi nadiaejat.... 

wpun nampak susah tp senang dan mudah... jom lah cuba resipi ni... mmg terbaikkk.....

Bahan-bahan ( 1 biji )

  • Kek (Sila guna penyukat khas)
  • 2 1/2 cup tepung kek (1 cup tepung kek = 2 sudu kecil cornstarch dlm 1 measuring cup n isikan selebihnya dgn all purpose flour. ayak 3 kali.)
  • 1 sudu kecil serbuk penaik diayak
  • 2 sudu besar serbuk koko tanpa pemanis (biasanya guna van houten)
  • 2 oz pewarna merah (kalau xtau sukat dlm oz, campurkan dengan serbuk koko sampai boleh jadi pes pun cukup)
  • 1/2 cup butter
  • 1 1/2 cup gula
  • 2 biji telur pada suhu bilik
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
  • 1 cup buttermilk pada suhu bilik. kalau xdpt beli kat kedai, resipinye ade di bawah
  • 1 sudu kecil cuka putih
  • 1 sudu kecil sodium bikarbonat/baking soda
  • Buttermilk
  • 1 cup (240 ml) susu kotak full cream
  • sama ada 1 3/4 sbesar cream of tartar atau 1 sbesar cuka putih atau 1 sbesar jus lemon
  • Cream cheese frosting
  • 2 buku cream cheese, dilembutkan
  • 1/2 cup butter dilembutkan
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
  • 2 cup gila icing, diayak. kalau xsuke manis boleh kurangkan gula tp saya guna 2 1/2 cup

Cara-cara

  1. BUTTERMILK: campurkan tartar atau cuka atau jus lemon pada susu dan biarkan selama 15 minit. Kacau rata sebelum guna. Ataupun campurkan 3/4 cup plain yoghurt bersama 1/4 cup susu pun boleh jugak. Ikut mane yang sesuai.
  2. KEK: sapukan butter pada 2 loyang bulat bersaiz 9 inci ataupun 3 loyang bulat bersaiz 8 inci. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celsius.
  3. Ayakkan bersama tepung kek dan serbuk penaik di dalam satu bekas sederhana. Di dalam satu bekas kecil, gaulkan serbuk koko dengan pewarna merah sehingga menjadi pes yang tidak berketul.
  4. Dalam satu bekas besar, pukul butter dengan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu per satu, kemudian masukan esen vanila dan pes koko merah tadi. Ratakan campuran dengan spatula sambil memukul.
  5. Perlahankan mixer, masukkan 1/3 daripada tepung dan pukul rata, kemudian masukkan 1/2 daripada buttermilk, pukul rata lagi. Masukkan 1/3 lagi tepung,pukul dan semua buttermilk,pukul dan kemudian kesemua tepung yang tinggal.
  6. Campurkan cuka dengan baking soda dalam satu bekas kecil. Nanti die berbuih. Cepat2 campurkan dalam adunan kek dan gaul kemudian masukkan dalam loyang dan bakar.
  7. Bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 25-30 minit. Kek ni moist, so kene cek awal. Bile cucuk dengan lidi je dah bersih, keluarkan dari oven.
  8. Sejukkan kek selama 10 minit sebelum keluarkan dari loyang. Pastikan kek dah betul2 sejuk sebelum letak frosting.
  9. CREAM CHEESE FROSTING: Pukul butter dengan cream cheese sampai halus, perlahankan mixer dan tambahkan gula icing dan esen vanila.
  10. Untuk letak frosting, terbalikkan kek pertama supaya bahagian kek yang rata di atas, sapu frosting di bahagian rata kek,lagi tebal lagi sedap. kemudian letakkan kek yang kedua atas kek tadi, bahagian yang rata menghadap bawah. kemudian sapu frosting di seluruh kek.
  11. Kek ni sedap kalau dah masuk dalam peti sejuk lepas tu keluarkan sekejap bagi die xkeras, baru makan.





lagi resipi yg diambil dari Mingguan Wanita on9.....




Kerabu Daging
Kerabu daging
Oleh:Nadia Mingguan Wanita
Apabila menyebut sajian berasaskan daging, hidangan yang biasa disediakan untuk keluarga adalah kari, rendang, sup, daging goreng mahu pun masak lada hitam. Apa kata hari ini anda menyediakan hidangan daging yang sedikit berbeza, Kerabu Daging! Selamat mencuba! 

Bahan A:
300 gm daging - hiris nipis
¼ sudu kecil garam
½ sudu kecil gula
1 sudu besar minyak masak
¼ serbuk lada hitam
2 biji bawang Holland - potong dadu

Bahan B:
1 kuntum bunga kantan - potong halus
2 biji mangga muda       ]
1 biji betik muda            ] hiris halus
1 biji cili merah / cili hijau
2 biji limau nipis  - ambil jus
2 biji cili padi  - dicincang
½ cawan kacang tanah - ditumbuk
1 sudu kecil gula
5 helai daun salad

Cara membuat:
  • Panaskan minyak dan tumis bahan A selama lima minit lalu asingkan.
  • Masukkan bahan-bahan B ke dalam mangkuk dan masukkan bahan A. Gaul sampai rata.
  • Hidang bersama salad daging di atas daun salad.

Udang Kukus Mangga

salam...

resipi ini sangat mudah n menarik utk semua penggemar udang... dan saya sendiri teruja utk mencubangnya, wpun alahan pada seefood.. hehhehehe... so supaya resipi ini tak hilang n susah nak cari so saya copy paste kan di sini....



* resipi diambil dari Majalah Wanita on9... tq.....


Udang Kukus Mangga
Udang kukus mangga
Oleh:Nadia Mingguan Wanita
Masakan kukus sangat bagus bagi anda yang memilih untuk menjaga kesihatan. MW kongsikan resepi Udang Kukus Mangga yang mungkin akan jadi penambah selera anda.

Bahan-bahan:
6 ekor udang saiz sederhana
3 biji bawang merah      }ditumbuk
5 tangkai cili api merah }
1 mangkuk kecil mangga} dicincang
Garam, gula dan perasa secukup rasa

Cara membuat:
  • Kukus udang selama tiga minit. Ketepikan.
  • Gaul bahan ditumbuk bersama udang, mangga, garam, gula dan perasa.
  • Siap dihidangkan.

Tuesday 13 August 2013

Selamat Hari Raya dan Selamat Hari Kidal Sedunia....

punya lah bzzz tak sempat nak bernukilan di dlaam blog ni yang umpama diari mayaku.... tp masa yg terhad utk ku bernukilan, menyebabkan niata wal2 dulu buat blog utk mengisi masa lapangku n minatku pada masakan.. konon2 nak share resipi kegemaran ku huhuhuhu.... takpelah kan...


selamat hari raya aidilfitri tahun 2013... semoga raya tahun ni meriah sentiasa....  dan tak lupa juga selamat hari kidal sedunia untuk diri ku dan yg diluar sana yg 'kidal'.... heheheheh bestkan jadi org kidal... unit tp ada sesetengah peralatan yg sukar kita guna krn kita kidal... tu lebih unit....



Saturday 20 July 2013

19 Julai...... tarikh keramat

hmmmm diam tak diam dah 13 tahun kerja... kalo ada ank dah tingkatan 1. huhuhuhu.... masih terbayang mula2 kerja 19 JULAI  2000... muda lgi masa tuuuuuuu....semoga diberi kekuatan dah kesihatan yg baik utk menggalas tugas dan cita2 ini... amin....

Thursday 18 July 2013

Patin Masak Tempoyak

hari ni dah 9 Ramadan umat islam berpuasa... macam2 menu disediakan untuk berbuka dan bersahur... syoknya makan ramai2 kan... org bujang cam saya ni makan sorang2 je... tp tetap jugak nak masak. sebab nak beli kat bazar cam malas jer... seronok masak sendiri n makan sendiri.. syokkkk sendiri hahahaha..

menu saya hari ni ikan patin masak tempoyak.... mak aihhh sedakkknyaaa.... fuhhh neleh air liurrr.....




yum....yum.... yummmmm...ddaaapp daapppp

nak resipi ker?


oklah resipi saya ni main campak2 n try n error je... almaklumlah bukan pro sgt,,, ok kita bahan2nya kkk

bahan2:

1- 1 ekor ikan patin ( dlm 1kg)
2- kunyit hidup dalm 3 ketul kecil
3-cili padi dalam 5-10 biji ( fuuhh pedas )
4-...... tempoyakkk ( sy suka byk biar pekat )
5- bawang besar 1 labu ( tak letak pun tak pe )
6- asam kepng 2 keping
7- serai 2 btg dititik
8-daun kesomm

okkkk kita tgk cara2nya:

1-basuh ikan bersih2 n letak asam jawa sedikit gaul2 pada ikan n cuci bersih serta toskan.
2-kisar bahan2 no 2 hingga no 5.
3- masukkan air dalam periuk n masukkan bahan2 kisar, daun kesom, serai n asam keping
4-bila kuah dah mendidih masukkan ikan patin, garam n gula secukup rasa...

biarkan ikan sebati ngan kuah n mendidih sekejap n padamkan api... taraaaa dah siap utk dihidang...


selamat mencuba......




Sunday 19 May 2013

happy birthday to me

19 Mei tarikh keramat buat ku.... semoga berjaya dan tabah mengharungi dugaan hidup... semoga diriku di beri kesihatan yang baik, panjang umur dan murah rezeki... dan semoga dikuatkan iman dan menjadi umat yang baik... semoga suatu hari nanti aku menjadi tetamu Allah...... amin.. terima kasih pada arwah mak yafng melahirkan.....semoga roh mak ditempatkan di kalangan orang yang beriman...

Photo: Wowww terkejut buka google. .... Tak sangka ada surprise!!!!!! Tqvm:-) sweet sgt

Thursday 16 May 2013

                

1 Aspirasi 

huraian:
Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi  untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015.

Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta berindentiti nasional.

1Aspirasi juga diterjemahkan kepada cita-cita murini PPM 2013-2015 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupuk perpaduan dalam kalangan murid pelaksanaan berkecekapan tinggi.

 1Agenda

huraian:
Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2015. Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara.


P/s: Semoga Kejayaan Buat Guru Dalam Menjayakan Misi PPPM


Selamat Hari Guru Tahun 2013














16 Mei tiap tahuan adalah tarikh keramat buat insan bergelar guru. Hari ini dinanti setiap tahun dan akan dirai dengan meriah dan gembira... di saat ini guru dan murid bergumbira dan jalinan erat terjalin.... murid meraikan hari guru dengan penuh semangat.. pelbagai aktiviti dijalankan.... seronoknya,,, selain hari raya, hari guru jgk adalah hari guru-guru melaram dengan baju baru, bergaya dan cantik2 belaka tak ubah macam hari lebaran.... ohhh indahnya saat itu....

JASAMU DIKENANG GURU....
Terima Kasih Cikgu....
Saya sayang Cikgu.....

Buat Semua Guru Di Malaysia dan termasuk aku.... ( wpun kini dah tak berada di sekolah)
    

                                                 

Monday 4 March 2013

Ya Allah Selamatkan Perwira Negara



berjuang untuk negara....
gugurmu sebagai perwira......

Mac Penuh Duka...

dah lama rasanya tidak mencoretkan kata, tiba2 hati terpanggil  untuk berbicara, tidak lain tidak bukan insiden yang melanda negara ku tercinta... 1 Mac berita gugurnya perwira negara, kerana mempertahankan tanah air tercinta. tiada angin tiada ribut rupanya2 saudara2ku di sabah menanggung derita sengsara.. rupanya2 aku dah lama tak tgk berita di tv dan online kerana penat bekerja! (mcm lah aku jd pekerja cemerlang) :).....

tak sangka byk spekulasi yg dibuat oleh orang2 yang tidak faham situasi negara. tuduhan demi tuduhan dilemparkan.... mempersendakan keselamatan negara. tanpa memikirkan nasib pejuang2 yg mempertahankan negara.

semalam 3 Mac gugur lagi 6 perwira negara kerana diserang hendap oleh penceroboh negara,,,  dan hari ini 4 Mac kesemua perwira yang gugur disemadikan.. sayu hati... seperti melihat peristiwa bukit kepong... tak sangka ingatkan hanya baca buku sejarah dan menonton cerita perang di tv, dan melihat kisah perang di negara orang, kini malaysia diganggu penceroboh....

Ya ALLAH, pelihara dan selamatkanlah perwira2 negara yang bertugas mempertahankan bumi sabah dan Malaysia,, satukanlah hati rakyat Malaysia terutama yang beragama Islam... usah jadikan peristiwa ini sebagai sandiwara politik murahan...